NUZUL AL-QURAN: MUKJIZAT AGUNG
Perhatikan 2:185 adlalah simmetri kepada 85:21
بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الرحمن الرحيم
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
Surah Al-Baqarah - سورة البقرة
[2:185] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
(Al-Baqarah 2:185) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 28 - ٢٨
[Al-Baqarah 185]
Allah S.W.T telah menurunkan mukjizat yang terbesar yang diturunkan kepada Nabi Muhamad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Peristiwa ini terus membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W dan keagungan Allah S.W.T.
Allah ta’ala menurunkan Al-Quran bukanlah untuk membebankan manusia, melainkan Allah S.W.T ingin mereka terbimbing sehingga tidak susah, bimbang, ragu, resah gelisah dan tiada halatuju dalam mengarungi samudera kehidupan. Demikian pula Al-Quran diturunkan sebagai pelajaran dan pengajaran bagi seluruh umat.
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad SAW, bersamaan dengan 610M, ketika baginda sedang berkhalwat (menyendiri) di Gua Hira’. Ianya berlaku secara berperingkat seperti berikut:-
Pertama, Penurunan Al-Quran dari Allah SWT ke Luh Mahfuz
85:21
(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;
(Al-Buruuj 85:21) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 590 - ٥٩٠
85:22
(Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.
(Al-Buruuj 85:22) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 590 - ٥٩٠
Surah Al-Buruuj - سورة البروج
[85:21 - 85:22] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]85:21
(Al-Buruuj 85:21) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 590 - ٥٩٠
85:22
(Al-Buruuj 85:22) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 590 - ٥٩٠
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .
“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” [Al-Buruj:21-22]
“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” [Al-Buruj:21-22]
Kedua, Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia
Surah Al-Qadr - سورة القدر
[97:1] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
(Al-Qadr 97:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 598 - ٥٩٨
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” [Al-Qadr: 1]
Ketiga, kepada Nabi Muhamad s.A.W melalui perantaraan mailaikat Jibril a.s.
Surah Asy-Syu'araa' - سورة الشعراء
[26:194] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]26:194
(Asy-Syu'araa' 26:194) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 375 - ٣٧٥
“Diturunkan oleh Roh Suci (Jibril a.s). Ke dalam hati engkau (Ya Muhammad) supaya engkau memberi peringatan.”
[As-Syu’ara: 194]
[As-Syu’ara: 194]
Al-Quran padanya tiada keraguan malah penuh dengan panduan sepanjang zaman untuk membimbing insan dari kejahilan kepada sinar cahaya keimanan.
Surah Al-Baqarah - سورة البقرة
[2:2] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]2:2
(Al-Baqarah 2:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 2 - ٢
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
“Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya petunjuk bagi mereka yang bertakwa”
[Al-Baqarah: 2]
[Al-Baqarah: 2]
Ayat-ayat Al-Quran di dalamnya mengandungi peraturan yang berkaitan dengan hukum-hukum siyasah syariah, sosial, pendidikan, pengadilan, akhlak dan sebagainya. Semua aturan dan hukum ini wajib dijadikan sebagai panduan hidup bagi seluruh umat islam dan seluruh umat manusia untuk mengatasi semua permasalahan hidup yang dihadapi.
Sememangnya penyelesaian yang dianjurkan oleh syariat Islam adalah merupakan penyelesaian yang sebenar-benarnya. Ia satu-satunya perundangan yang dapat memenuhi fitrah manusia itu sendiri. Kemampuan syariat Islam dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan kehidupan manusia inilah yang akan menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat abadi yang paling benar di muka bumi.
Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللهِ وَ سُنَّةَ رَسُوْلِهِ“Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (yaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”. (Hadits Shahih)
Oleh itu, marilah kita hayati kalimah agung ini dengan hati yang suci mengharap redha Ilahi. Lakaran sirah yang menghiasi bait-bait suci Allah itu perlu diperhalusi. Ianya bukan hanya ukiran kaligrafi yang indah untuk ditayang, tetapi punya maksud mendalam untuk dihadam.
Lazimilah Al-Quran dalam hidupmu. Bacalah dengan cermat kerana Nabi Muhammad SAW bersabda,
والقرآن حجة لك أو عليك. رواه مسلم“Al-Quran itu boleh menjadi hujjah untuk kau (selamat) atau hujah keatas kau (azab)”.
Semoga peristiwa ini mampu dihayati dengan kerendahan hati, menginsafi khilaf sebagai hamba abadi. Moga-moga Al-Quran terus tersemat di sanubari, menjadi rujukan utama dalam meniti hari yang penuh dengan tipu daya ini.
Surah Al-Faatihah - سورة الفاتحة
[1:6] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
1:6(Al-Faatihah 1:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 1 - ١
No comments:
Post a Comment